DUA hari sebelum berlangsungnya konsert, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kurang senang apabila tersebar rakaman yang memaparkan reka bentuk pentas yang masih belum siap.
Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, menjelaskan bahawa rakaman tersebut boleh mengelirukan orang ramai dan mencetuskan persepsi yang tidak tepat mengenai konsert berkenaan.
Penyanyi itu memohon agar peminat tidak membuat spekulasi berhubung rakaman awal lokasi Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung pada 10 Januari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.

Komen Siti di platform TikTok mendapat perhatian ramai.




