PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak menganggap jumlah pencalonan yang diterima di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-25 sebagai ukuran kejayaan sebaliknya menyifatkan konsistensi dalam berkarya sebagai anugerah sebenar buat penggiat seni.
Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 47, berkata 14 pencalonan yang diterimanya merupakan satu rezeki selain penghargaan terhadap usaha yang dilakukan bersama pasukan dalam menghasilkan karya.
“Alhamdulillah, saya bersyukur atas rezeki 14 pencalonan di Anugerah Industri Muzik 25.






