Hiburan

Siti Nurhaliza kekal penyanyi nombor 1 Malaysia, diangkat Legenda Muzik Asia Tenggara

LAPORAN ‘SeaAsia Stats’ merekodkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Legenda Muzik Asia Tenggara selepas meraih lebih 300 anugerah sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni.

Lebih membanggakan Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin,46, masih mengekalkan takhtanya sebagai artis Malaysia paling banyak menerima anugerah sehingga kini.

Malah, kecemerlangannya dalam industri seni muzik itu pernah direkodkan dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2001 selain berada di tangga ke-27 daripada 100 penghibur terkemuka dari seluruh dunia yang menerima anugerah paling banyak.

Siti tersenarai dalam Legenda Muzik Asia Tenggara.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh