PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza, 46, turut bersimpati dengan pergolakan yang berlaku di Indonesia, lebih-lebih lagi apabila memikirkan dia mempunyai komitmen persembahan di Jakarta tidak lama lagi.
Menurut Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, hubungan akrab antara Malaysia dan Indonesia menjadi faktor dia turut terkesan dengan kesusahan yang menimpa negara jiran itu.
"Dengan suasana yang berlaku, saya sebagai anak seni yang diterima baik oleh masyarakat Indonesia, turut terkesan jugalah. Malaysia dengan Indonesia ni seperti adik-beradik.

Siti sentiasa dioakan kesejahteraan rakyat Indonesia.






