SUSULAN berita pemergian wartawan hiburan veteran popular Huzz pada petang Sabtu, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal menaja badal (upah) haji buat Allahyarham.
Siti atau Siti Nurhaliza, 45, berkata, hasrat itu pernah disampaikan sendiri kepada arwah ketika dia dan suami iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menziarahinya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini.
“Sewaktu melawat arwah (Huzz), saya dan Datuk K sempat memberi khabar bahawa pihak Yayasan Nurjiwa akan menunaikan badal haji buat Allahyarham.
Allahyarham Huzz menghembuskan nafas terakhirnya pada Sabtu.