KEJAYAAN Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berlangsung pada 17 Oktober lalu telah menarik minat pelbagai pihak untuk bekerjasama bagi penganjuran kali kedua.
Terharu dan terbuka dengan peluang tersebut, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, 47, bagaimanapun memberitahu dia masih belum memikirkan mengenai perancangan itu termasuklah yang mahu ia diadakan di luar Malaysia.

Konsert Tradisional Gema Bumantara mendapat sambutan baik peminat.
“Memang ada permintaan untuk Konsert Gema Bumantara 2.0, tapi saya perlukan masa untuk membuat perancangan teliti kalau nak buat lebih besar. Mungkin konsep sama, tetapi perlu ada pembaharuan dan nilai-nilai yang ingin diangkat.






