SELEPAS empat hari, penyanyi Siti Nordiana masih lagi tiada suara untuk bercakap sekali gus mengganggu persediaan pentas separuh akhir All Stars Gegar Vaganza(ASGV) yang bakal berlangsung Ahad ini.
Menurut pengurusnya iaitu Mohamad Al Anas Osman, 39, Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana berdepan cabaran apabila sesi latihan tergendala disebabkan masalah tersebut.
Namun sebagai persediaan mereka tetap melakukan latihan demi persediaan minggu separuh akhir itu.

Nana ditemani pengurus bagi memudahkan urusannya.






