TEKA-TEKI mengenai status penyanyi Sissy Imann akhirnya terjawab selepas dia mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya yang juga seorang doktor.
Menurut Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil, 30, majlis pernikahan mereka dijangka berlangsung pada pertengahan bulan ini.
"Apa yang saya boleh katakan, benar saya bakal berkahwin pada pertengahan bulan ini," katanya kepada mStar.

Sissy pilih doktor sebagai pasangan hidup.






