PENYANYI Sissy Imann selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Dr. Zamir Hilman Hamzah, dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada jam 9 pagi.
Majlis dimulakan dengan acara pertunangan yang berlangsung ringkas, menyaksikan satu dulang hantaran daripada pihak lelaki dibalas tiga dulang daripada pihak perempuan.
Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil, 30, turut menerima tiga bentuk cincin berlian sebagai tanda ikatan rasmi sebelum pasangan itu melangkah ke upacara akad nikah.

Sissy dan Dr. Zamir bersama ibu bapa mereka.






