PERJALANAN penyanyi Sissy Imann mengenggam ijazah sarjana dalam bidang muzik hampir menemui jalan penamat apabila tesis yang dihantar sudah diluluskan selepas disemak sebanyak dua kali.
Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil, 29, berkata, perjalanan empat tahun menimba ilmu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) disifatkan sebagai manis namun sebak apabila mengenangkan usaha dilakukan bagi menggapai impian.
“Selepas empat tahun saya hampir tiba di garisan penamat. Hanya satu perkara yang tinggal iaitu untuk menghantar tesis akhir saya.

Sissy berkongsi perasaan sebak di IG Storynya.






