PENYANYI dan pengacara, Sissy Iman meluahkan rasa gembira apabila berita sahabat baiknya, Amira Othman, bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fattah Amin, diumumkan secara rasmi.
Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil, 30, turut menitipkan doa agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan menjelang hari bahagia mereka nanti.
"Berita perkahwinan mereka akhirnya dikeluarkan. Insya-Allah, semoga dipermudahkan segala urusan," tulisnya ringkas.

Sissy gembira Amira bakal berkahwin dengan Fattah.






