ANUGERAH Juara Lagu Ke-40 (AJL40) terus melakar evolusi tersendiri sempena sambutan ulang tahun empat dekad penganjurannya dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif dan pengisian istimewa yang lebih berprestij.
Menerusi acara AJL40: The First Look, TV3 mengumumkan pengiktirafan khas kepada dua pemuzik iaitu Faizal Tahir dan Hael Husaini atas sumbangan besar mereka dalam mencorakkan landskap muzik tanah air.
Faizal dipilih atas peranannya yang versatil sebagai penyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit muzik serta mentor yang banyak membimbing dan melahirkan generasi baharu penggiat seni.

Faizal antara pemuzik yang banyak memberi sumbangan dalam industri seni.






