PEMPENGARUH media sosial, Sir Race tampil menceriakan sambutan Aidilfitri tahun ini dengan cara tersendiri apabila melancarkan sebuah lagu raya berjudul Bah Selamat Hari Raya.
Pelancaran lagu berkenaan menjadi kejutan buat pengikutnya kerana Sir Race sebelum ini lebih dikenali sebagai guru matematik popular di media sosial, namun kali ini tampil dengan projek kreatif yang berbeza sempena musim perayaan.
Lagu berkenaan diterbitkan dengan gabungan kemeriahan lagu raya tradisional bersama elemen pop moden yang dipengaruhi gaya K-Pop, sekali gus memberikan nafas segar kepada karya bertemakan hari raya.







