PELAKON Sharifah Sakinah menegur sikap segelintir individu yang masih menggunakan tandas khas orang kurang upaya (OKU) walaupun mempunyai kemampuan fizikal untuk berjalan seperti biasa.
Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 37, meminta individu yang tidak mempunyai masalah fizikal supaya tidak menggunakan kemudahan berkenaan sesuka hati.
“Kepada yang cukup fizikal dan mampu berjalan laju, tolonglah jangan suka-suka hati masuk tandas OKU.

Sakinah mohon individu yang sihat fizikal untuk tidak menggunakan tandas OKU.





