PELAWAK Azlee Senario berhasrat untuk memulakan kembali perniagaan menjual buah-buahan seperti yang pernah diusahakan sekitar empat tahun lalu.
Menurut Azlee atau Muhammad Azlee Jaafar, 58, dia sebelum ini terpaksa memberhentikan seketika jualan berkenaan disebabkan banyak menerima undangan persembahan bersama kumpulan Senario selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditarik semula.
“Selepas dua tahun PKP, situasi jadi seperti biasa dan Senario masih dapat undangan untuk membuat persembahan. Jadi saya hentikan menjual buah buat seketika untuk berikan komitmen buat Senario.

Azlee sayang tapak meniaga zaman PKP.






