KESIBUKAN dalam dunia politik sejak lima tahun lalu antara faktor membuatkan penyanyi Krisdayanti sudah lama tidak muncul mengadakan konsert solo berskala besar.
Bukan bermakna dia mahu meninggalkan kerjaya seni, bagi Krisdayanti, 50, setiap tawaran yang diterima harus diteliti secara baik agar tidak menghampakan peminat.
“Tak mungkin saya hanya berlatih sekali atau dua jika mahu membuat konsert. Keutamaan buat masa sekarang adalah politik, jadi saya tidak berani terima tawaran dengan mudah. Sebab itu sudah lapan tahun saya tidak mengadakan konsert di Malaysia.

Krisdayanti sentiasa ambil tahu perkembangan dunia seni.






