PELAKON Nazrief Nazri mengakui sudah tidak lagi aktif dalam industri takaful selepas mula memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya seni.
Nazrief atau Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 34, berkata keputusan itu dibuat kerana kesibukan jadual sebagai pelakon yang menuntut komitmen tinggi.
Menurut Nazrief, dia pada mulanya cuba mengimbangi kedua-dua bidang, namun rutin di set penggambaran membuatkan dia terpaksa memilih satu kerjaya untuk dilakukan dengan lebih serius.

Nazrief sudah berhenti menjadi ejen takaful insurans.






