Hiburan

Siapa Suhaila Arshad? Syafiq Farhain cari lelaki tular putus cinta, beri kata semangat

VIDEO tular seorang lelaki tidak dikenali yang secara tiba-tiba meluahkan rasa marah terhadap seorang wanita bernama Suhaila Arshad pada acara promosi lagu terbaharu Syafiq Farhain menyebabkan penyanyi itu mahu mencari semula lelaki berkenaan.

Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A M Salim, 32, percaya bahawa individu berkenaan merupakan mangsa kekecewaan cinta dan berhasrat mahu bertemunya bagi memberikan sokongan moral.

Menurutnya, kejadian itu berlaku secara spontan sejurus selepas dia selesai menyanyikan lagu terbaharu bertajuk Cerita Luka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Lelaki berkenaan meluahkan rasa sedih semasa persembahan Syafiq di Bukit Bintang.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh