Hiburan

“Siapa Musang Berjanggut?“ Amira Othman, Fattah tidak tarik laporan… Mahu cari pemfitnah

TEGAS dengan pendiriannya, penyanyi Amira Othman memberitahu dia dan suaminya, aktor Fattah Amin, tidak akan menarik laporan yang dibuat terhadap seorang pengguna media sosial yang didakwa bercakap buruk tentang mereka.

Amira atau Nadia Amira Othman, 33, juga memaklumkan mereka telah mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa berhubung perkara tersebut selain berjumpa sendiri dengan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

“Penuh mesej orang minta saya dan suami supaya jangan tarik laporan untuk mencari siapa Musang Berjanggut yang telah pun memfitnah kami macam-macam. Bercakap perkara tidak elok, saya baca pun seram. Tidak takut ke pada Allah?

Amira tidak akan berdiam selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa fitnah.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh