PELAKON Shukri Yahaya menasihatkan bakat baharu dalam industri seni supaya tidak terlalu memilih tawaran lakonan, khususnya dengan menolak drama televisyen semata-mata mahu mengejar projek filem atau platform penstriman Over-The-Top (OTT).
Menurut Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 38, drama televisyen menjadi medan terbaik buat pelakon mengasah kemampuan dan bereksperimen dengan pelbagai emosi sebelum beralih kepada naskhah yang lebih besar dan mencabar.
“Selalu sangat saya dengar skeptikal begitu. Macam pelakon-pelakon baharu sekarang pun ada yang saya dengar cakap tak nak berlakon drama, aku nak buat OTT dan filem sahaja. Bagi saya itu sombonglah.

Shukri berkongsi perkara itu ketika ditemui media.






