PELAKON Shukri Yahaya menganggap aksi bersentuhan bersama aktres Ramona Zamzam dan Qistina Khaled ketika sesi fotografi sekadar tuntutan kerja.
Shukri atau Mohd Shukri Yahaya, 38, berkata setiap sentuhan yang berlaku ketika mempromosikan drama Tertulis Kita Sampai Syurga itu dilakukan secara berlapik dan tidak melebihi batas.
“Sentuhan itu berlapik, saya okay,” katanya kepada mStar.

Antara komen-komen netizen yang kurang senang melihat gandingan mesra Shukri bersama pelakon wanita.






