ISTERI kepada Shuib mendedahkan penyampai radio Suria FM itu pernah memarahi pembantu rumah mereka gara-gara mengalihkan baju terakhir yang dipakai oleh Allahyarham Siti Sarah.
Watie atau Fatinikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, berkata, pakaian itu juga sering dibawa Shuib ke mana sahaja dia pergi sebagai pelepas rindu terhadap arwah yang meninggal dunia dua tahun lalu.
“Ini pakaian terakhir arwah (Siti Sarah) Daddy (Shuib) bawa ke mana-mana pergi. Dia pegang dan cium. Setiap kali buka almari mesti akan nampak.

Pakaian terakhir Siti Sarah yang masih disimpan rapi.






