PELAWAK dan usahawan Shuib tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna TikTok yang mengeluarkan kenyataan fitnah membabitkan syarikatnya iaitu Bubblebee Sdn. Bhd.
Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, berkata, tindakan tegas itu diambil kerana fitnah dilemparkan memberikan impak serta kerugian dalam perniagaan diusahakan.
“Saya ada terbaca satu kenyataan dikeluarkan di TikTok dan ia melampaui batas sebab kalau nak bercerita tentang sesuatu produk atau pengasasnya, kena fikir apa kesan kepada orang tersebut.
Shuib tidak mengambil ringan dengan fitnah yang menyebabkan syarikat miliknya mengalami kerugian.