SETAHUN kembali rapat, pelawak Mamat Sepah merasakan persahabatannya dengan rakan baik iaitu Shuib Sepahtu mempunyai nilai sentimental yang cukup besar meskipun mereka sudah lebih 13 tahun tidak lagi bekerjasama dalam kumpulan sama.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, 40, berkata Shuib merupakan insan pertama yang mencari dan menghubunginya ketika dia melalui detik sukar selepas ditahan pihak berkuasa pada tahun lalu.
"Saya dan Shuib sebelum ini 13 tahun tidak bekerjasama selepas tidak lagi dalam kumpulan sama.

Shuib orang pertama hubungi Mamat selepas dia keluar lokap.






