PELAKON Shiqin Kamal mendedahkan dia pernah mempunyai tanggapan buruk terhadap suaminya, Mika Irfan Nojey ketika mereka bertemu pertama kali, lebih setahun lalu.
Malah, Shiqin atau Nur Ashiqin Mohd Kamal, 35, mengakui berasa kurang senang dengan sikap Irfan, 28, yang ketika itu sedang menyikat rambut kuda sehingga membuatkan dia terpaksa menunggu untuk bergambar.
Menurut Shiqin, pertemuan pertama mereka berlaku ketika Irfan membuat pertunjukan memanah dan berkuda pada sebuah acara.

Shiqin kini sah bergelar isteri Mika Irfan.






