BERKONGSI demo lagu terbaharu, penyanyi Shila Amzah menulis luahan tentang kisah seorang bapa yang digambarkan tidak bertanggungjawab.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagaram Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 36, memberitahu ibunya, Fauziah Sarman turut menangis mendengar lagu tersebut.
"Mama menangis tadi," tulisnya ringkas.

Ibu Shila, Fauziah (kanan) tersentuh hingga menangis mendengarkan demo lagu baharu anaknya.





