SEBAGAI ibu kepada dua orang cahaya mata, penyanyi Shila Amzah mengakui dia dan suaminya, Ubai, tidak pernah meletakkan tekanan pada anak-anak untuk mengejar kejayaan mengikut acuan tertentu.
Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 36, setiap anak membesar dengan cara berbeza dan tidak semua perlu mengikut definisi kejayaan yang sama seperti pandangan masyarakat.
"Saya dan Ubai, kita cuba untuk tak jadi ibu bapa yang ‘awak kena jadi doktor, awak kena jadi ini’," katanya.

Shila bersama anak keduanya, Rhea.






