LEBIH 10 tahun mencipta nama di China, penyanyi Shila Amzah dihujani pelbagai tawaran persembahan yang memintanya untuk membawakan lagu dalam bahasa Mandarin.
Bagaimanapun Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, menjelaskan, dia kini sudah mula merindui untuk menghiburkan peminat di sini menerusi lagu-lagu berbahasa Melayu.
“Bukan saya tidak suka di mana saya berada sekarang (penerimaan peminat Cina), tetapi sebagai penyanyi dan penggubah lagu kita ada jati diri sebagai anak Malaysia.

Shila sering menerima tawaran persembahan menyanyikan lagu Mandarin.






