PENYANYI Shila Amzah menjanjikan kelainan luar biasa sempena konsert solonya, Shila Amzah Kita 25 Tahun Bersama yang bakal berlangsung pada 15 Ogos depan di Arena Of Stars, Resorts World Genting, Pahang.
Shila, atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 37, berkata, dia berhasrat untuk menampilkan sisi berbeza dirinya yang jarang ditonjolkan kepada umum termasuklah beraksi lincah menari di atas pentas.
"Saya sebenarnya sangat suka menari. Jadi untuk konsert kali ini, saya mahu lebih banyak persembahan yang membolehkan saya bergerak aktif di atas pentas.

Shila janjikan kelainan untuk konsert solonya.






