PENYANYI Shila Amzah berkongsi trauma pernah dihadapi sewaktu remaja apabila berdepan gangguan seksual ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, sewaktu berjalan kaki seorang diri menuju ke sekolah, dia didatangi dua individu lelaki tidak dikenali menaiki motosikal.
Kata Shila, salah seorang lelaki itu kemudiannya bertindak merabanya secara tiba-tiba.

Shila membuat perkongsian di podcast Ubai Sentral.






