PENAMPILAN isteri kepada penyanyi dan komposer Cat Farish iaitu Shikin Maembong mencuri perhatian ramai apabila tampil manis berhijab, sekali gus disifatkan sebagai hadiah istimewa buat suami tercinta.
Shikin, 42, berkata, dia mula terdetik untuk mengenakan hijab ketika bercuti bersama keluarga dan ibu mentuanya pada Sabtu lalu.
Menurut Shikin, pada awalnya dia sekadar ingin mencuba memakai tudung, namun perasaan untuk terus berhijab menjadi semakin kuat selepas terasa ada sesuatu yang tidak lengkap walaupun sudah menjaga ibadah sebaiknya.

Shikin kongsi penampilan terbaharunya di media sosial.






