SUSULAN kemunculan penyanyi Shiha Zikir di studio milik rapper terkenal Malique, ramai mula tertanya-tanya sama ada akan ada kolaborasi di antara mereka tidak lama lagi.
Menguatkan lagi perkara itu apabila Malique atau Cairel Edrin Ibrahim, 48, sendiri yang memuat naik sendiri foto Shiha bersama produser Trip Disz di studio rakaman miliknya iaitu Qarma menerusi akaun Instagram miliknya.
Menjawabperkara itu, Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 38, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Shiha anggap Malique seperti seorang sifu.






