PELAKON Sherry Ibrahim tidak berhasrat sama sekali untuk menarik balik simpati atau memohon maaf atas pendirian tegasnya membela nasib seekor anjing liar bernama ‘Rocky’ yang mati dalam satu operasi penguatkuasaan sebelum ini.
Jelas Sherry atau Syarizad Ibrahim, 43, perbuatan menyiksa sehingga menyebabkan kematian haiwan merupakan satu tindakan yang tidak wajar dan menyalahi nilai perikemanusiaan.
Tambahnya, pihak berkuasa sepatutnya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan cara yang lebih berhemah mengikut peruntukan undang-undang tanpa perlu membunuh haiwan itu di lokasi kejadian.

Kenyataan Sherry di media sosialnya.






