PELAKON Shera Aiyob memaklumkan dia baru sahaja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sista atau cyst sebesar 8 sentimeter (cm) di sebuah hospital baru-baru ini.
Kata Shera atau Nur Syahirah Aiyob, 38, dia terpaksa menerima rawatan di hospital pada Selasa lalu selepas mengalami sakit perut yang melampau dan sukar bernafas.
“Perut saya sakit yang teramat dalam pukul 2 pagi sampaikan dada saya rasa sempit dan tak boleh bernafas.
Shera dikejarkan ke hospital selasa lalu selepas mengalami sakit perut yang melampau.