PENYANYI Datuk Sheila Majid menjadi antara 52 individu penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang bersempena dengan Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sheila atau Shaheila Abdul Majid, 61, dikurniakan darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Sheila antara anak seni yang terus aktif menyanyi.
Istiadat berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang pada Sabtu.





