PELAKON Sharnaaz Ahmad menegur golongan duda yang terlalu asyik mengikuti trend lagu Jamilah yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.
Sharnaaz, 40, secara berseloroh berkata mana-mana individu berstatus duda yang memuat naik video mengikuti trend tersebut akan digugurkan serta-merta daripada ‘persatuan’.
“Kepada semua ahli dan prospek Persatuan Duda-duda Malaysia (PDDM). Sesiapa yang tertangkap buat video Jamilah itu anda akan digugurkan dan disenarai hitam serta merta dari persatuan,” katanya.

Sharnaaz turut memberi teguran kepada trend Jamilah.





