PELAKON Sharmaine Alexander tidak mengambil hati dengan komen segelintir netizen yang mendakwa wajahnya kelihatan lebih berusia berbanding gandingannya, Fasha Sandha dalam drama Kasih Yang Terkorban.
Sharmaine atau Sharmaine Ilenna Rudy Alexander, 26, berkata dia melihat setiap komen yang ditinggalkan penonton dari sudut positif malah menganggapnya sebagai tanda mereka mengikuti lakonannya dalam drama tersebut.
Malah, kata Sharmaine, komen-komen berkenaan tidak menyinggung perasaannya, sebaliknya menjadi bahan gurauan apabila dia berkongsi setiap kecaman itu dengan rakan-rakannya.

Fasha (kanan) mempertahankan Sharmaine daripada terus menjadi mangsa kecaman netizen.





