BERMULA daripada sekadar mencuba, penyanyi Sharifah Zarina tidak menyangka bidang lakonan kini mula menjadi minatnya.
Biarpun begitu, kata Zarina atau Sharifah Zarina Wan Hassan, 45, dia lebih selesa memilih tawaran yang tidak memerlukan komitmen masa yang terlalu lama kerana perlu fokus kepada keluarga.
“Bermula dengan satu drama, kemudian dua, tiga dan kini sudah berlakon dalam lima drama. Saya rasa berlakon sudah menjadi minat.

Zarina memilih tawaran yang sesuai mengikut masa.






