PELAKON Sharifah Amani sanggup membawa anaknya, Ahmed Mohsein yang baru berusia dua tahun ke lokasi penggambaran kerana sukar untuk berjauhan dalam tempoh lama.
Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al Yahya, 40, berkata, selepas memiliki zuriat dia lebih memahami perasaan ibu dan adik-beradiknya yang berdepan dilema sama apabila terpaksa meninggalkan anak demi tuntutan kerja.
"Selepas memiliki anak, saya tak nafikan memang susah untuk berjauhan lama dengan Mohsein. Sekarang saya lebih memahami kebimbangan yang selama ini diceritakan ibu serta adik-beradik mengenai dilema mereka apabila mahu tinggalkan anak.

Anak menjadi keutamaan Amani.






