PENYAMPAI radio Sharifah Aleya mengumumkan dia kini sah bercerai dengan suaminya, Mohammed Azam Abdullah.
Bagaimanapun, Aleya atau nama sebenarnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 44, tidak memperincikan tarikh sebenar perceraian mereka.
Sebaliknya, Aleya memaklumkan perkongsian dibuat menandakan berakhirnya tempoh idah selepas berpisah dengan Azam yang lebih dikenali sebagai Miko.

Aleya berkata mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.






