PENYANYI Shahir Zawawi tidak ambil hati membaca komen segelintir pihak menyarankan dia menurunkan berat badan selepas namanya diumumkan sebagai salah seorang peserta program Gegar Vaganza Fantasia (GVF) yang bakal memulakan saingan pada 8 November ini.
Menganggap itu sekadar teguran biasa, Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 38, memberitahu dia kini masih dalam proses mengurangkan berat badan agar mendapat stamina yang baik ketika membuat persembahan kelak.
“Saya menganggap komen itu lucu. Dalam ramai-ramai bekas pelajar Akademi Fantasia (AF), saya antara yang nampak perubahan dari segi bentuk badan. Saya rasa peminat juga faham selepas berbelas tahun, pasti akan ada perubahan pada bentuk badan. Orang juga boleh terima penampilan tidak lagi sama seperti zaman AF dahulu.

Shahir pastikan mendapat stamina yang baik ketika membuat persembahan.





