PENYANYI Aina Abdul tidak berdiam diri apabila lagu rayanya dilabelkan sebagai ‘gagal’ oleh segelintir netizen.
Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata dia terpanggil untuk mempertahankan hasil kerjanya kerana tuduhan tersebut disifatkan sebagai keterlaluan.
Kata Aina, pencapaian lagu berkenaan hampir 500,000 tontonan di saluran YouTube membuktikan ia bukan seperti didakwa netizen.
Aina bersuara pertahankan karyanya.

Aina jarang balas sekiranya terima komen negatif.



