HUBUNGAN baik pelakon Sharnaaz Ahmad bersama bekas isterinya iaitu Noor Nabila sentiasa menerima pujian ramai walaupun mereka telah bercerai sejak tiga tahun lalu.
Malah baru-baru ini, kehadiran Sharnaaz di majlis ulang tahun kelahiran anak lelakinya Jebat Jayden sekali lagi menarik perhatian netizen.
Rata-ratanya meluahkan rasa kagum dan memuji sikap dua personaliti ini yang dilihat berusaha sebaik mungkin bagi menggembirakan anak tunggal mereka itu.
Sikap profesional Sharnaaz dan Nabila dipuji netizen.