SELEPAS kerap menjadi perhatian dengan aktiviti memasak di TikTok, penyanyi Aina Abdul akhirnya tampil menjawab persoalan netizen mengenai tujuan sebenar dia melakukan siaran langsung di platform tersebut.
Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 33, berkata tujuannya hanya untuk mengisi masa lapang selain dijadikan sebagai medium untuk berinteraksi bersama peminat.
Dalam masa sama, memasak juga baginya merupakan satu terapi.

Aina tampil menjawab persoalan segelintir netizen.






