USIA tidak menjadi penghalang buat pelakon Datuk Fauziah Nawi melanjutkan pengajian peringkat sarjana (master) dalam bidang seni di Universiti Sains Malaysia (USM).
Biarpun pada awalnya berdepan pelbagai cabaran, Fauziah, 73, memberitahu pengajian menerusi kaedah penyelidikan di institusi berkenaan juga banyak dibantu oleh pensyarah selain rakan kuliah.
“Tak pedulilah apa orang nak cakap soal usia. Saya buat kerana memang nak buat.

Fauziah tidak patah semangat untuk sambung pengajian.






