HAMPIR dua tahun memegang status duda, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mengakui sudah terbuka hati untuk kembali mencari pasangan hidup.
Menurut Fazley, 48, dia kini serius dalam soal mencari jodoh dan mempunyai beberapa kriteria tersendiri dalam memilih bakal isteri.
"Ramai pula yang tanya saya sejak beberapa minggu ini. Ya, cari jodoh ini memang betul untuk saya," katanya menerusi hantaran di aplikasi Thread.

Fazley luah hasrat mencari pasangan hidup.






