SERING menjadi sasaran kecaman kerana gemar menempah busana mewah bernilai ratusan ribu ringgit, usahawan Haliza Maysuri sekali lagi mencuri perhatian apabila membeli set kelengkapan jenazah yang dijual oleh pereka fesyen, Rizalman Ibrahim.
Menurut Haliza, 47, jika selama ini dia sanggup melabur untuk mendapatkan pakaian terbaik, pendekatan yang sama juga wajar diaplikasikan dalam membuat persiapan menghadapi alam akhirat.
"Selalu saya tempah busana dunia harga ratusan ribu, selalu dikecam. Mati nanti pakai kain kapan sahaja.

Haliza ketika berjumpa Rizalman untuk mengambil set kain kafan dibelinya.






