PERKARA kecil seperti mendukung dan mencium pipi gebu anak-anak sudah cukup membuatkan Pencetus Ummah (PU) Riz berasa bahagia.
Riz atau Harris Ismail, 29, berkata, senyuman anak-anak adalah hadiah dan perkara bermakna dalam kehidupan mereka yang bergelar ibu bapa.
“Antara waktu bahagia bersama anak adalah kita dukung dia, cium pipi gebu dia dan terima balasan ukiran senyuman di wajahnya.
Riz mengakui kehadiran kedua-dua anaknya menyerikan lagi kehidupan dia dan Neelofa.