PELAKON Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa kesal dan bersalah selepas menyedari dirinya terpedaya dengan maklumat tidak tepat berhubung kes kematian seekor anjing liar dinamakan Rocky yang tular di media sosial.
Menerusi satu hantaran, Atikah atau Datin Nur Atikah Mohd Suhaime, 35, secara terbuka mengakui kecenderungannya sebagai pencinta haiwan telah membuatkan dirinya bertindak mengikut emosi tanpa memeriksa kronologi sebenar kejadian.
“Baru baca keseluruhan kronologi, sumpah bodohnya aku. Lelaki itu tidak salah pun, dia hanya menjalankan tugasnya.

Hantaran Atikah di media sosialnya.






