KEJAYAAN penganjuran Konsert Sembilu The Reunion yang berlangsung pada Februari lalu menyaksikan syarikat penganjur, TJTM Entertainment, sekali lagi bakal tampil membawakan versi 2.0 dengan skala lebih besar.
Mengangkat tema The Last Reunion, konsert berkenaan menghimpunkan kembali nostalgia fenomena filem Sembilu yang pernah mencipta sejarah dalam industri hiburan tanah air.
Tidak hanya itu, gabungan kali ini juga menjanjikan satu gandingan penyanyi yang cukup istimewa.

Awie dan Erra antara terlibat dalam konsert Sembilu Reunion pada Februari lalu.




